Sekolah Kebangsaan Dato' Onn Jaafar
Sekolah Kebangsaan Dato' Onn Jaafar

Sekolah Kebangsaan Dato' Onn Jaafar

Sekolah Kebangsaan Dato' Onn Jaafar atau nama ringkasnya SK Dato' Onn Jaafar (SKDOJ), merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kompleks Sekolah Wawasan USJ15, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. Mula beroperasi pada Januari 2003, seramai 400 murid dengan 19 guru dan 2 kakitangan sekolah bagi sesi persekolahan pertama di sekolah ini dalam Kompleks Sekolah Wawasan USJ15 merupakan Kompleks Sekolah Wawasan yang pertama di Malaysia. Pada 2009, SKDOJ memiliki 364 pelajar lelaki dan 309 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 673 orang dengan seramai 39 orang guru.Setakat tahun 2016, SKDOJ mempunyai 740 murid, 47 guru dan 6 kakitangan sekolah.[1]